loading...
Kuala Lumpur, 1 September - Balu kepada Kapten Husman Hussin; seorang tentera darat yang meninggal dunia akibat dihanyut banjir dalam kejadian di Missouri, Amerika Syarikat; hari ini meluahkan perasaan terkilannya dengan berkata nasibnya dan anak-anak tidak terbela selepas pemergian arwah.
Hazwani Ahmad , meluahkan perasaan terkilannya itu di Facebook dan sejak ia mula dimuat naik, posting itu mendapat lebih dari 1,300 perkongsian dalam masa lima jam.
Menurut Hazwani, arwah Kapten Husman pergi ke Missouri ketika dia masih lagi dalam pantang 20 hari selepas bersalin dan dilaporkan hilang pada 26 Disember 2015.
Pada 29 Disember 2015, Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai.
Jenazah Kapten Husman telah dibawa pulang ke Malaysia pada 6 Januari lalu dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.
Hazwani mendakwa dia menerima elaun bulanan tidak sampai RM1,000 untuk menanggung anak-anak dan biarpun sudah 9 bulan insiden tersebut berlaku, pencen tanggungan anak-anak masih belum boleh dibayar.
Ikuti luahan hati Hazwani :
Luahan harwani (Sumber) |
Dalam perkembangan terbaru, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan perkara ini.
Menurut beliau, pada Januari, Mac dan April lalu, balu arwah, Hazwani Ahmad sudah pun menerima RM274,542.59 yang mana membabitkan pendahuluan gaji, insuran berkelompok, ganjaran pencen dan juga faedah ganti cuti rehat.
Menurut beliau lagi, balu arwah turut menerima pencen terbitan bulanan RM916.75 sebulan di bawah Lembaga Penentu Sebab (LPS).
"Saya sendiri pantau perkara ini dan dimaklumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semua perkara yang menjadi hak balu arwah sudah disempurnakan dan kita tidak pernah abaikan tanggungjawab dalam membantu balu arwah.
"Mungkin perkara ini timbul ada keperluan lain yang perlu ditambah.
"Saya minta syarikat yang terbabit dengan industri pertahanan boleh bantu untuk realisasikannya," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
loading...
0 Response to "Balu Kepada Tentera Yang Dihanyutkan Banjir di Amerika Syarikat Luah Perasaan Terkilan di Facebook"
Post a Comment