( TRENDING ) Biar Betul ! Lelaki Mengaku Nabi Isa Dakwa Najib Sebagai Dajjal Yang Harus Dibunuh !!

loading...
oks
Lelaki Mengaku Nabi Isa Dakwa Najib Sebagai Dajjal Yang Harus Dibunuh|Kuala Lumpur: Seorang lelaki, 43, yang mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa ditahan polis selepas dipercayai memandu kereta klon di Jalan Tun Razak, di sini, jam 4.30 petang semalam.
Suspek yang memandu kenderaan model Kia Sportage turut menggunakan nombor pendaftatan ‘WWE 3621 KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA TUANKU RAJA MERONGMAHAWANGSA II SULTAN KEDAH ASAL IMAM ALMAHDI’ sebelum ditahan tiga anggota polis trafik.
Bagaimanapun ketika ditahan, suspek telah mengeluarkan kata-kata provokasi dan ancaman terhadap polis termasuk mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa dan akan membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sekiranya berjaya mengambil alih negara bersama orang-orangnya.
Difahamkan isteri dan anak suspek yang berada di dalam kenderaan itu turut ditahan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek lelaki berkenaan dan berkata kes itu kini diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.
loading...

0 Response to "( TRENDING ) Biar Betul ! Lelaki Mengaku Nabi Isa Dakwa Najib Sebagai Dajjal Yang Harus Dibunuh !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close