( TRENDING ) " Sering Mimpi Bertemu Arwah Ayah Sebelum Maut Dalam Kemalangan Ngeri.. " -- Ajal Malam Merdeka, Diseret sampai Putus Kepala !!

loading...
72
Sering Mimpi Bertemu Arwah Ayah Sebelum Maut Dalam Kemalangan Ngeri|

Pelajar lelaki Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Institut Kemahiran Mara (IKM) Alur Lintang, di sini pada malam merdeka semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, Muhammad Aiman Hakimi Mohd Ashri, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila Besut, meninggal dunia di tempat kejadian selepas di seret sejauh 10 meter yang mengakibatkan kepala mangsa terputus.
Kejadian dipercayai berlaku ketika Muhammad Aiman Hakimi yang menunggang motosikal Honda EX5 dari Kampung Raja menghala ke Kampung Batu Tumbuh hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Perodua Viva dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, lelaki berusia 29 tahun yang memandu Perodua Viva dikatakan cuba mengelak daripada melanggar mangsa tetapi jarak yang dekat menyebabkan dia gagal sebelum merempuh motosikal mangsa.
Menurut satu sumber mangsa adalah seorang anak yatim dari tiga beradik dan memiliki seorang adik pesakit buah pinggang,sebelum kejadian berlaku,mangsa di ketahui acap kali bercerita bahwa dia kerap bermimpi bertemu ahli keluarganya yang sudah meninggal terutama arwah ayahnya.
Sebelum di kebumikan pagi semalam 31 0g0s 2016 ,Mayatnya sempat dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat. “Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.
Gambar sekitar kejadian.

14141818_522936857900255_1016252427102537045_n

14141977_522936871233587_282709422855463349_n

14191957_522936964566911_6228029794378072921_n

14102588_522937184566889_5172001245302660426_n
14088415_522937067900234_6260190277103837750_n
loading...

0 Response to "( TRENDING ) " Sering Mimpi Bertemu Arwah Ayah Sebelum Maut Dalam Kemalangan Ngeri.. " -- Ajal Malam Merdeka, Diseret sampai Putus Kepala !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close