VIRAL TERKINI !!! WOW KES RM 6.08 BILLION PULAK !!!!, siapa pulak yang TERLIBAT ni - ??Ahli Perniagaan Malaysia Terlibat Skim Pengubahan Wang Haram Maldives - Al Jazeera

loading...
wang

PETALING JAYA: Al Jazeera mendakwa seorang ahli perniagaan Malaysia terlibat dalam skim pengubahan wang haram Maldives, melibatkan wang berjumlah $1.5 bilion (RM6.08 bilion).
Unit Siasatan Al Jazeera mendedahkan dakwaan amalan rasuah itu dalam dokumentari mereka yang berjudul 'Al Jazeera Investigates: Stealing Paradise' yang diterbitkan pada Selasa.

Dalam dokumentari itu, ahli perniagaan yang dikenali sebagai 'arkitek Malaysia dalam perjanjian itu', Faidzan Hassan didakwa memutar belit sesawang hadapan syarikat dengan wang yang digubah.

Seorang wartawan yang menyamar sebagai 'eksekutif pelaburan dengan beberapa pelanggannya yang sangat kaya' dilihat telah memerangkap individu dikatakan sebagai Faidzan di sebuah 'hotel mewah' di Kuala Lumpur.

LAGI ARTIKEL MENARIK PALING POPULAR MINGGU INI..


Gambar Aksi Panas Tasha Shila Tersebar... Aduh Tasha ohh Tasha..Meletop..



Artis Kantoi ditangkap Khalwat....



Ketika Saya Mengandung 6 Bulan Suami Berzina Dengan Isteri Orang Dalam Kereta

"BUKAN SAYA TAK NAK LAYAN ABANG..TAPI ESOK LAH.."!! SAYU KISAH 
SEORANG ISTERI SOLEHAH TERLEPAS PAHALA TERAKHIR UNTUK SUAMINYA..Semoga Menjadi Pengajaran Untuk Semua..
WARDINA Hentam Mawar Fareeda Layan Pelanggan Macam Lembu
"BUKAN SAYA TAK NAK LAYAN ABANG..TAPI ESOK LAH.."!! SAYU KISAH SEORANG ISTERI SOLEHAH TERLEPAS PAHALA TERAKHIR UNTUK SUAMINYA..INILAH SENARAI ARTIS MALAYSIA YANG MENINGGAL DUNIA WAKTU MUDA YANG RAMAI TAK PERASAN !!! AL-FATIHAH
Lelaki itu memberitahu wartawan berkenaan bahawa beliau mampu untuk menggerakkan sejumlah besar wang yang tidak dapat dikesan.

Katanya, adalah lebih mudah berurusan dalam Euro berbanding dengan dolar Amerika kerana ia 'agak sukar'.

Lelaki itu seterusnya mendedahkan bahawa identiti benefisiari dilindungi di belakang beberapa 'lapisan' di bawah namanya.

Apabila berdepan dengan seorang lagi wartawan Al Jazeera selepas pertemuan itu, lelaki itu menafikan sebarang salah laku dan berkata komen beliau sebelum ini telah disalah tafsir dan diambil di luar konteks.

Dokumentari itu mendakwa bahawa presiden Maldives Abdulla Yameen, bekas Naib Presiden, Ahmed Adib Abdul Ghafoor dan Hakim Mahkamah Agung Ali Hameed Mohamed adalah antara beberapa pegawai tinggi yang terlibat dalam skim ini.

Beberapa ahli perniagaan lain termasuk tiga yang lain dari Singapura dan Indonesia juga didakwa terlibat dalam skandal tersebut.

Al Jazeera berkata bahawa semua mereka yang terlibat telah menafikan sebarang salah laku atau berlakunya sebarang pemindahan wang
loading...

0 Response to " VIRAL TERKINI !!! WOW KES RM 6.08 BILLION PULAK !!!!, siapa pulak yang TERLIBAT ni - ??Ahli Perniagaan Malaysia Terlibat Skim Pengubahan Wang Haram Maldives - Al Jazeera"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close