loading...
PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar bersyukur apabila bayi sulungnya yang dilahirkan tidak cukup bulan semakin positif dan dibenarkan untuk dibawa pulang pada malam Khamis selepas seminggu dirawat di hospital.
Misha, 34, memberitahu dia dan suaminya sepakat memberi nama Muhammad Idris Ezzwa kepada bayi mereka itu.
"Sepanjang seminggu lalu, saya melalui episod getir yang menguji kasih sejati seorang ibu.
"Alhamdulillah, Idris menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif sepanjang berada di bawah pengawasan doktor dan dibenarkan pulang malam tadi (Khamis).
Terdahulu, Misha melahirkan bayi seberat 2.05 kilogram itu secara normal, tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan iaitu pada 24 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, pada pukul 10.20 malam.
loading...
0 Response to "ALHAMDULILLAH , TAHNIAH MISHA - COMEL ANAK DIA.!!! Syukur, Muhammad Idris Ezzwa Semakin Sihat - Misha Omar"
Post a Comment