Anak Panda Dihantar Pulang, Zoo Negara Tak Mampu Tanggung Kos Penjagaan Tinggi

loading...
Anak Panda Dihantar Pulang, Zoo Negara Tak Mampu Tanggung Kos Penjagaan Tinggi.. Tengok Kerugian yang dialami.. korang Tak pergi ZOO ke Tengok Panda ni..? 


Anak panda, Nuan Nuan bakal dihantar pulang ke China pada Ogos tahun hadapan kerana Zoo Negara tidak mampu lagi menanggung pembiayaan kos penjagaan yang terlalu tinggi.

Mengikut perjanjian yang telah ditetapkan antara Malaysia dan China, Malaysia perlu menanggung yang tinggi jika penjagaan anak panda tersebut dilanjutkan sehingga tempoh dua tahun.


Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Sr. Zaharin Md. Arif berkata, pihaknya perlu membayar kepada China sebanyak AS$600,000 (RM2,414,116.03) dan memperuntukkan AS$150,000 (RM603,549.80) untuk insurans seekor panda, selain kos operasi penjagaannya menelan hampir RM200,000 sebulan.

Selain itu juga, selepas panda itu berusia dua tahun, anak panda betina perlu diasingkan daripada ibu bapanya kerana dikhuatiri berlaku pergaduhan dan ini menyebabkan kos bertambah.

“Kita tiada tempat untuk anak panda dan perlu memikirkan gaji kakitangan, penyelenggaraan pendingin hawa yang perlu dipasang selama 24 jam dan makanan haiwan itu,” katanya lagi.



Sumber: Portal Islam & Melayu
loading...

0 Response to "Anak Panda Dihantar Pulang, Zoo Negara Tak Mampu Tanggung Kos Penjagaan Tinggi"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close