loading...
Kuala Lumpur – Chef terkenal tanahair, Chef Wan memuat naik gambar Burqini dengan corak rekaan bikini di laman instagramnya, semalam.
Ia sebagai satu sindiran kepada penguatkuasa Perancis yang melarang wanita Islam memakai Burqini ketika bersantai di tepi pantai.
Menerusi gambar itu, Chef Wan turut menulis kapsyen di gambar tersebut berharap agar rakyat Perancis yang menentang Burqini bergembira dengan rekaan corak Burqini di dalam gambar tersebut.
“Saya berharap ini akan membuat rakyat Perancis yang menentang semua ini, gembira,”tulisnya.
Beliau turut meluahkan pandangannya terhadap undang-undang yang disifatkan sebagai bodoh dan menyindir pihak berkuasa yang melakukan kezaliman dan penindasan terhadap manusia yang tidak berdosa.
Tambahnya, perbuatan tersebut bakal mendapat balasan setimpal.
“Tidak menunggu lama. Allah sedang memerhati. Hanya menunggu masa,”akhirinya.
Terdahulu, wanita Islam berdepan larangan memakai burkini di Perancis, namun tidak di negara lain yang kini melihat pakaian renang itu semakin popular terutamanya di Australia dan China.
China kini turut menggunakan rekaan sama yang diberi nama ‘facekini’ namun dengan corak dan gaya yang lebih kreatif.
Koleksi terbaharu facekini itu direka dengan corak spesies hidupan liar yang terancam antaranya panda gergasi, buaya dan harimau Siberia.
Sut renang itu seakan-akan burkini yang menutupi keseluruhan tubuh badan pemakainya, namun direka lebih ketat.
Topeng itu digunakan bagi membantu wanita di China melindungi kulit wajah mereka daripada sinaran matahari dan gangguan obor-obor ketika berada di tepi pantai.
Sebelum ini, Facekini dipersenda dan hanya mendapat perhatian wanita pertengahan umur di awal kemunculannya.
Bagaimanapun sut renang itu kini semakin popular dalam kalangan wanita muda dan golongan lelaki.-SuaraTV
loading...
0 Response to "BISA MULUT CHEF WAN NI !! HAAAA BARU TAU !! Isu Burqini: Chef Wan sindir Perancis"
Post a Comment