GERENTI TAK DER NYAMUK !!! - Guna Petua Lama Untuk Halau Nyamuk - JAUHI KELUARGA DARI ZIKA !!! CUBALAH..INSYAALLAH....

loading...



KUALA LUMPUR – Bahan dapur boleh menjadi alternatif yang mungkin boleh diamalkan untuk menghalau nyamuk ketika negara ini berdepan dengan penularan penyakit bawaan nyamuk seperti Zika dan denggi.

Menerusi carian internet, antara petua lama yang mampu dijadikan alternatif untuk menghalau nyamuk termasuklah serai wanig, menanam pokok jerimin dan juga mencucuk bunga cengkih pada limau nipis.

Berkongsi tips menghalau nyamuk, Noraini Jamsit, 53, berkata dia sudah lebih 50 tahun mengamalkan petua menggunakan limau nipis dan bunga cengkih untuk menghalau nyamuk.

Katanya lagi, sejak mengamalkan amalam turun temurun itu, kediamannya bebas dari nyamuk dan lalat.

Beliau yang tinggal di Palong 13, Negeri Sembilan, berkata, dia tidak perlu menggunakan kelambu atau sebarang semburan bahan kimia untuk mengelak daripada gigitan nyamuk.

“Selain bahan-bahannya se­nang diperoleh, cara ini juga menjimatkan perbelanjaan dan aromanya cukup menenangkan,” katanya sebagaimana lapor Bernama.

Rukiah Rahmat, 80, pula berkata, dia membakar sabut kelapa pada waktu senja untuk menghalau nyamuk.

Pukul 6 petang saya sudah mula kumpul sabut kelapa dan bakar di bawah rumah. Asap daripada bara sabut kelapa yang dibakar boleh menghalau nyamuk,” katanya yang pernah mengamalkan cara itu ketika tinggal di Kampung Tambak Bugis, Melaka.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Parasitologi dan Entomologi Perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Roslaini Abd. Majid berkata, setakat ini tiada bukti saintifik yang menyokong keberkesanan petua-petua lama itu untuk menghalau nyamuk.

Cuma saya rasa aroma yang kuat daripada penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti serai wangi, pokok jeremin dan bunga cengkih mungkin menjadi faktor penghalang kepada gigitan nyamuk,” katanya.

Kementerian Kesihatan mengesahkan Malaysia baru-baru ini merekodkan kes pertama Zika apabila seorang wanita berusia 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor positif dijangkiti virus zika, dan disyaki mendapat gejala itu semasa berkunjung ke Singapura.

Semalam, satu kes Zika tempatan pula dikesan di Sabah.



loading...

0 Response to " GERENTI TAK DER NYAMUK !!! - Guna Petua Lama Untuk Halau Nyamuk - JAUHI KELUARGA DARI ZIKA !!! CUBALAH..INSYAALLAH...."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close