Jasad wanita paling tinggi di Thailand diderma untuk tujuan kajian perubatan - Mengikut adat dan kepercayaan masyarakat Thailand, jasad yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dan perubatan mendapat penghormatan tinggi dan akan digelar sebagai ‘ketua’ dalam kalangan mahasiswa perubatan.

loading...
Jasad wanita paling tinggi di Thailand diderma untuk tujuan kajian perubatan

BANGKOK: Keluarga wanita paling tinggi di Thailand, Malee Duangdee, yang baru meninggal dunia minggu lalu, mengambil keputusan untuk mendermakan jasad wanita itu kepada bidang penyelidikan perubatan, lapor media tempatan.

Malee meninggal dunia dalam usia 24 tahun.

Jasad Malee itu telah disampaikan kepada Hospital Siriraj, dengan tujuan ia dapat dimanfaatkan mahasiswa yang mengambil jurusan perubatan di situ.

Persatuan Palang Merah Thailand telah membawa jasad Malee ke Siriraj Hospital, pada Rabu malam.

Kali akhir Malee diukur, wanita itu berketinggian 212 sentimeter.

Pada Sabtu lalu, dia menghembuskan nafas terakhirnya, dipercayai akibat serangan jantung selain beberapa penyakit kronik lain yang dihidapinya.

Namanya pernah tercatat dalam buku Rekod Dunia Guinness pada tahun 2009, sebagai wanita tertinggi di dunia. Ketika itu dia berusia 17 tahun dan sudah mencapai ukuran 207 sentimeter.
Mengikut adat dan kepercayaan masyarakat Thailand, jasad yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dan perubatan mendapat penghormatan tinggi dan akan digelar sebagai ‘ketua’ dalam kalangan mahasiswa perubatan.

Lebih dari 3,000 orang menghadiri upacara penghormatan terakhir buat Malee di Kuil Chang Kluea, iaitu di kampung halamannya di wilayah Trat.

loading...

0 Response to "Jasad wanita paling tinggi di Thailand diderma untuk tujuan kajian perubatan - Mengikut adat dan kepercayaan masyarakat Thailand, jasad yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dan perubatan mendapat penghormatan tinggi dan akan digelar sebagai ‘ketua’ dalam kalangan mahasiswa perubatan."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close