loading...
Bagaimana mengenal tanda-tanda kekasih curang dengan anda ?
Bagaimana mengenal tanda-tanda kekasih curang dengan anda (tak kisah lelaki atau perempuan)? Pernah kita dengar ada yang mengatakan bahawa dunia ini adalah pentas lakonan yang sebenar malah jauh lebih hebat dari lakonan-lakonan di filem atau drama-drama hits yang ramai peminat.
Begitu juga dengan perhubungan, kita tidak akan pernah tahu sama ada si dia benar-benar serius dalam perhubungan atau kita cuma dijadikan mainan untuk melepaskan rasa bosan. Tetapi, kita mungkin boleh mengesan awal tanda-tanda kecurangan kekasih kita dan mungkin boleh selamatkan lagi perhubungan kita dan dia sebelum ia memang tidak boleh diselamatkan lagi.#
Berikut ialah antara beberapa tanda-tanda kekasih kita curang:#
- Kekasih anda sudah jarang contact anda atau jika call atau message (FB, Whatsapp, Wechat, etc). Jika anda contact dia, dia akan selalu bagi jawapan seperti rasa penat, mengantuk dan mahu tidur, baru nak mandi dan sebagainya. Ringkasnya, dia akan bagi jawapan supaya perbualan tidak berpanjangan dan akan terhenti di situ sahaja.#
- Dia sudah jarang tanya atau ingin tahu aktiviti anda. Kalau dulu, dia selalu tanya apa yang anda buat hari ini, tapi kemudian sudah tak tanya lagi tentang aktiviti anda. Maksudnya, dia macam sudah tak kisah apa anda hendak buat. Walaubagaimanapun, mungkin juga selama ini anda memang jarang mahu berbual tentang aktiviti anda so dia pun malas nak tanya.#
- Apabila bercakap, dia macam tidak berapa berminat untuk bertentang mata dengan anda dan selalu mengerutkan dahi atau tengok ke tempat lain. Anda akan tahu perbezaannya jika dulu dia suka pandang wajah kita semasa berbual, tetapi kini macam nak tak nak saja tengok wajah kita. Tapi, kalau kekasih anda seorang pemalu dari dulu, mungkin dia nampak takut-takut untuk pandang wajah anda.#
- Dia selalu mengelak perbualan tentang aktiviti dengan rakan-rakannya yang lain di tempat kerja,rumah sewa, etc. Salah satu sebabnya ialah dia tidak mahu rahsianya terbongkar jika anda mulai kenal dengan rakan-rakannya.#
- Satu lagi tanda-tanda kekasih curang ialah selalu cepat marah dan kurang sabar dengan anda walaupun cuma kesalahan kecil. Selain itu, dia juga selalu mengungkit-ungkit jika anda mengingatkan dia juga pernah buat kesalahan yang sama contohnya tidak menepati masa apabila hendak bertemu.#
Apabila kita mengetahui kekasih kita curang, cuba cari dulu sebab kenapa kekasih kita curang. Kita mungkin tidak tahu bahawa kita mungkin penyebab dia curang dan mungkin masih belum terlambat untuk memperbaiki hubungan kita. Walaubagaimanapun, jika hati dia memang sudah tiada lagi untuk kita, maka mungkin sudah tiba masanya untuk kita move on. Ketahui juga sama si dia serius dalam perhubungan atau tidak#
loading...
0 Response to "Tanda-tanda Kekasih Curang (Lelaki & Perempuan)"
Post a Comment