loading...
Tips Kemas Rumah : Macam mana nak jimat masa kemas rumah dengan cepat. Anda Pasti TERUJA untuk mengemas rumah bila baca TIPS ini
Assalamualaikum dan Salam Jumaat....
Hari ni tergerak di hati untuk cari tips2 mengemas rumah yang cepat, dan sistematik. Ye laa bila dah hujung minggu ni, macam2 nak buat termasuklah kerja wajib hari2 , mengemas rumah. Sebenarnya kemas rumah ni kita tak buat pada waktu hujung minggu je...hari2 mesti kena kemas, tak banyak pun sikit. Jadi, bila tiba hujung minggu, masa untuk mengemas dapat diminimakan. :) Tambah lak suri rumah macam saya ni ( surirumah yg berkerjaya (tgn letak kat bahu, mata pandang atas)...^_^ #

Ruang tamu pilihan hati, merah menawan, hati tertawan :) |
Walaupun kat
rumah tu tak berapa nak kemas, tp nak kongsi gak apa yang saya buat
hari2 untuk memastikan rumah tak terlalu berselerak bila tiba hujung
minggu. Tambahan lak kalau dah ada anak2 yang rajin tolong 'kemas' dan
punggah barang...Jom cuci mata dulu tgk tata rias umah orang ( gbr
google je ) #
Simple dan kemas dapur serba putih.
Banyak tips
mengemas yang saya dapat dari mengemasrumah.blogspot.com. Website ni
banyak memberi tips sistematik dalam pengurusan rumah. Antara tips2 lain
yang boleh dijadikan panduan kita ialah seperti berikut : #
1. Ikut arah jam
Sekiranya anda ingin mulakan mengemas di sesuatu kawasan, pastikan anda mengemas mengikut arah jam. Sebaiknya anda mula mengemas di bahagian dapur dahulu kemudian barulah di ruangan lain. Tetapkan titik permulaan dan ikutlah arah putaran jam. Cara ini akan lebih sistematik dan mempercepatkan proses anda untuk mengemas rumah.
- memang kalau berkemas, saya akan mulakan bahagian dapur dulu sebab bangun pg ruang pertama adalah dapur (masak air, masak nasi anak2)#
2. Dari atas ke bawah#
Untuk mempercepatkan lagi proses anda mengemas rumah, anda dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas kemudian ke bawah. Ini untuk mengelakkan anda membuat kerja yang sama berulang kali. Bayangkan sekiranya anda bermula mengemas dari bahagian bawah, apabila tiba masa untuk mengemas bahagian atas pasti kotoran yang anda kemas tadi akan terjatuh. Ini akan menambahkan lagi kerja anda.
-betul, supaya habuk dari atas turun ke bawah dan supaya tak kemas 2 kali.
3. Kurang bergerak#
Contoh paling jelas untuk mengurangkan gerakan ialah ketika mencuci pinggan. Ada baiknya letakkan rak untuk menggeringkan pinggan mangkuk yang telah dicuci berdekatan dengan singki. Atau jika ruang dapur berkeluasan terhad, anda perlu mencuci pinggan mangkuk dan sediakan satu bekas untuk mudah anda mengumpulkan pinggan tersebut. Apabila bekas sudah penuh barulah anda mengangkat bekas tersebut dan sekali gus mengurus pinggan mangkuk untuk disimpan di dalam kabinet.
-betul, kumpul dulu semua dan basuh.
4. Gunakan bantuan mesin#
Masa kini begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah. Contohnya penggunaan penyedut hampagas, penggunaannya lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi menggunakan penyapu.
-saya masih menggunakan penyapu sebab vacuum cleaner rosak...agak mencabar jugaklaa bila habuk bertebangan so kena sapu dengan lemah gemalainyaa supaya habuk tak berterbangan...hehehe
Untuk menjimatkan masa memasak pula, tips2 kat bawah ni sangat berguna :
1. Beli perencah segera#
Memasak dengan menggunakan sediaan perencah dapat memudahkan anda memasak dan menjimatkan masa. Kini, terdapat begitu banyak bahan perencah ditawarkan di pasaran seperti perencah nasi goreng, perencah ayam masak merah dan banyak lagi hinggalah perencah rendang sekali pun. Semua tersedia untuk anda memilih dan nikmatinya.
-saya tak pernah guna perencah segera.. :)
2. Sediaan bahan resipi lebih awal#
Jika ingin menggunakan ramuan sendiri, ia juga tidak menghalang untuk anda memasak dengan cepat dan mudah. Cuma persediaan bahan perlulah dilakukan lebih awal dan bukannya ketika ingin memasak. Contohnya, menyediakan hirisan bawang atau ramuan di malam hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak memasak di pagi harinya, anda boleh terus menggunakan bahan tersebut.
-setuju sgt2 sebab ini yang saya buat (stok cili, bawang, halia, ikan bilis semua disediakan lebih awal dan siap stok)#
3. 'Slow Cooker’- satu pelaburan yang bermanfaat#
Ramai wanita hari ini memasak menggunakan ‘slow cooker’ dan menjadikannya satu alat memasak yang penting dan utama. Anda hanya perlukan 10-15 minit di waktu pagi untuk memasukkan bahan-bahan di dalam ‘slow cooker’ anda, hidupkan dan biarkan sahaja seharian untuk dimasak. Pulang ke rumah, makanan yang panas telah tersedia.
-akan difikirkan..hehe..
Dan yang paling utama tips nilah....hehehe..konon..
PRAKTIS 5S DI RUMAH#
1. SEIRI – SISIH#
Cuba lihat di sekeliling rumah yang penuh dengan pelbagai barangan. Asingkan yang mana masih boleh digunakan dan yang rosak buangkan sahaja.
2. SEITON – SUSUN#
Susun perabot dan aksesori yang ada secara kemas dan teratur. Kaedah ini juga akan dapat mengelakkan rumah kelihatan semak dan sesak.
3. SEISO – SAPU#
Lakukan pembersihan atau menyapu lantai setiap hari. Jangan tunggu hujung minggu untuk melakukannya.
4. SEIKETSU – SERAGAM#
Walaupun ruang kediaman asalnya berkeadaan bersih dan kemas, ia pasti akan menjadi berselerak apabila digunakan. Oleh itu, anda perlu mengulangi seiri, seiton dan seiso untuk memastikan keadaan kediaman sentiasa bersih dan kemas.
5. SHITSUKE – SENTIASA AMAL#
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya di dalam rumah. Untuk itu anda perlu mendisiplinkan ahli keluarga yang lain.#

credit to : Natrah Mohd Yahaya
loading...
0 Response to " Tips Kemas Rumah : Macam mana nak jimat masa kemas rumah dengan cepat. Anda Pasti TERUJA untuk mengemas rumah bila baca TIPS ini"
Post a Comment