Uqasha Rasa Terkongkong Bertudung, Selepas buka Tudung Terus dapat Tawaran berlakon... Baca KOMEN pedas NETIZEN pada beliau selepas setengah jam munukar gambar profile dalam facebooknya yang tidak bertudung

loading...

Uqasha Rasa Terkongkong Bertudung, Selepas buka Tudung Terus dapat Tawaran berlakon

Uqasha Rasa Terkongkong Bertudung, Selepas buka Tuding Terus dapat Tawaran berlakon
Uqasha Rasa Terkongkong Bertudung, Selepas buka Tuding Terus dapat Tawaran berlakon
Sejak membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung rambut, pelakon jelita Uqasha Senrose mula menukar gambar profile dalam facebooknya yang tidak bertudung (gambar).

Dan, seperti dijangka dalam setengah jam sahaja sudah 600 komen mengenai langkah tidak lagi bertudung yang kebanyakannya mengkritik tindakan beliau.
Uqasha sebelum ini mendakwa berasa terkongkong setiap kali tampil dengan imej menutup kepala selama tiga tahun sebelum ini.
Tidak menolak faktor pengaruh kuat rakan sekeliling yang tidak berhijab, selebriti bernama Nik Zaris Uqasha Senrose, 24, berkata beliau enggan menipu diri sendiri lagi.
“Tiga tahun itu tempoh yang bukan pendek. Lainlah kalau tiga bulan saya pakai tudung dan membukanya,” katanya dilapor Berita Harian.
“Sepanjang tempoh itu juga saya tidak konsisten dalam hal bertudung. Saya seperti rasa terkongkong dan terkawal.”
Heroin drama Tundukkan Playboy Itu mengakui keputusannya mengubah imej bertudung selepas putus tunang dulu terlalu terburu-buru.
“Mungkin juga selepas insiden putus tunang dan cinta dulu, saya tidak fikir panjang dan mahu berubah,” katanya seperti dilaporkan.
uqasha2
Pelakon teater Ombak Rindu itu juga dikecam pengguna media sosial selepas tidak lagi bertudung.
Bekas kekasih pelakon Pekin Ibrahim sebelum ini juga pernah dikritik selepas gambarnya tidak bertudung ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand tersebar di internet.
Namun Uqasha berkata beliau bersedia dicemuh masyarakat kerana tidak mahu terus menjadi hipokrit dengan berimej tudung walau hatinya berat dalam pakain tersebut.
“Sebulan dua pakai tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya cukup tebal. Tapi selama saya pakai tudung, saya seperti lama-kelamaan tidak ikhlas.
“Saya seperti takut dengan apa yang orang cakap dan fikirkan. Keputusan ini biarlah antara saya dan Tuhan,” kata model itu yang berasal dari Kelantan.
Meskipun begitu, situasi berkenaan tidak membawa maksud beliau akan terus untuk tidak menutup aurat.
“Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas berkahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati,” katanya lagi. – MSN News
loading...

0 Response to "Uqasha Rasa Terkongkong Bertudung, Selepas buka Tudung Terus dapat Tawaran berlakon... Baca KOMEN pedas NETIZEN pada beliau selepas setengah jam munukar gambar profile dalam facebooknya yang tidak bertudung"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close