(Video) Gelongsor Air Sepanjang 1,000 Kaki Bakal Menjadi Permainan Hangat di Johor

loading...
Selepas mendapat sambutan hangat sebelum ini, Slide the City akan kembali lagi ke Malaysia pada pada 15 Oktober ini di Johor Bharu.

Acara yang mensasarkan golongan muda-mudi dan keluarga itu sebelum ini berjaya menarik lebih 10,000 peserta di Putrajaya tahun lepas.

Bagi yang belum tahu, Slide the City menjadi fenomena global apabila ia mendapat sambutan lebih dari 2 juta pengunjung sepanjang ia dijalankan di beberapa negara termasuklah Jepun, Hong Kong, Kolumbia, USA dan pelbagai lagi.

Spritzer Slide the City Malaysia adalah acara yang dibawakan oleh Monkey Theory Sdn Bhd yang merupakan franchise ekslusif acara tersebut di Malaysia.


Pelbagai aktiviti menarik

Acara utama yang disediakan oleh Spritzer Slide the City di Johor pada tahun ini sudah tentu gelongsor luncur 1,000 kakinya yang sudah terkenal di serata dunia.

Ya, 1,000 kaki yang bersamaan dengan panjang 3 padang bola.

Untuk lebih jelas apa itu gelongsor luncur 1,000 kaki Slide the City, lihat gambar-gambar dan video di bawah.








loading...

0 Response to "(Video) Gelongsor Air Sepanjang 1,000 Kaki Bakal Menjadi Permainan Hangat di Johor"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close