VIRAL TERKINI: Bengang Kereta Dibaling Putik Mangga, Lelaki Ini Maki Hamun Budak 4 Tahun.. Apa Pendapat Anda...

loading...
Bengang Kereta Dibaling Putik Mangga, Lelaki Ini Maki Hamun Budak 4 Tahun

Satu video sedang viral di Facebook menunjukkan seorang lelaki memarahi seorang kanak-kanak dan ibunya di bahagian hadapan sebuah rumah kerana kanak-kanak itu membaling putik mangga pada kereta lelaki itu. Video dengan mesej ini tersebar meluas di Whatsapp dan juga Facebook.


Lelaki itu yang berang, mempersalahkan kanak-kanak itu dan ibunya dan mengeluarkan beberapa perkataan yang kurang sesuai diperkatakan kepada seorang kanak-kanak.

Saya nak kawan-kawan tengok video ini dan tafsir sendiri.

Anak saya berusia empat tahun setengah secara  tak sengaja membaling putik buah mangga ke kereta lelaki ini.

Saya cuba berlembut minta maaf dan akan ganti rugi jika ada kerosakan tetapi lelaki ni tetap degan cara dia seperti orang hilang akal datang serang anak saya dan saya.

Ini yang sempat dirakam, yang  tak sempat dirakam dia memaki hamun kami anak beranak dan hampir masuk ke dalam rumah saya untuk merampas telefon bimbit  ini untuk padam video yang anak saya rakam.

Dia juga megugut saya supaya jangan berani membuat laporan polis.

Rata-rata pengguna media sosial beranggapan tindakan lelaki it melampau kerana kanak-kanak tersebut baru berusia empat tahun dan masih belum boleh berfikir baik dan buruk.



loading...

0 Response to "VIRAL TERKINI: Bengang Kereta Dibaling Putik Mangga, Lelaki Ini Maki Hamun Budak 4 Tahun.. Apa Pendapat Anda..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close