WAH PLATE NOMBOR SAHAJA !!!! - Keputusan bagi nombor pendaftaran siri ‘F’ dikeluarkan secara rasmi – ‘F 1’ bernilai RM836,660

loading...



 F-plate-Tender-03

Hari ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan keputusaan bidaan bagi nombor pendaftaran siri F iaitu bagi Putrajaya. Di mana, JPJ telah menerima sebanyak 11,683 tempahan yang dibuka mulai 1 Jun lepas dan ditutup pada 12.00 tengah hari pada 14 Jun.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, telah berjaya membida nombor pendaftaran ‘F 1’ yang pastinya menjadi dambaan ramai. Dengan bidaan bernilai RM836,660, nombor pendaftaran tersebut berjaya menjadi milik Sultan Johor.
Bagi nombor daftaran ‘F 2’ dan ‘F 3’ pula dibida dengan harga mencecah RM514,800 dan RM344,300 oleh individu persendirian dan pendaftaran syarikat. Manakala nombor pendaftaran ‘F 6’, ‘F 18’ dan ‘F 38’ diperuntukan bagi anggota pentadbiran kerajaan.
Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail iaitu Sultan Kelantan juga turut membida nombor pendaftaran yang tersenarai dan berjaya memperoleh ‘F 12’ dengan harga bidaan sejumlah RM110,000.
Menurut JPJ, jumlah tempahan siri F itu merupakan jumlah kedua tertinggi tempahan nombor pendaftaran selepas siri WWW yang dikeluarkan oleh JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2012.

F1Tender_1F1Tender_2F1Tender_3F1Tender_4F1Tender_5


F1Tender_6F1Tender_7F1Tender_8F1Tender_9F1Tender_10




loading...

0 Response to "WAH PLATE NOMBOR SAHAJA !!!! - Keputusan bagi nombor pendaftaran siri ‘F’ dikeluarkan secara rasmi – ‘F 1’ bernilai RM836,660"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close