JANGAN BUKA AIB SENDIRI ALONG - Saya Tidak Mahu Panjangkan Isu Tetapi Zila Cabar Saya, Lebih Banyak Aib Akan Terbongkar – Along Cham

loading...
Bila berlakunya penceraian, pelbagai perkara lain yang akan timbul selepas itu. Mungkin ada pihak yang tidak mahu memanjangkan isu tetapi ada pula yang mahu perkara berlarutan.


Itulah yang dihadapi oleh Along Cham sekarang apabila bekas isterinya Zila Seeron masih berkeras untuk melawan kes nusyuz yang difailkan oleh Along sebelum ini.
Along sebenarnya sudah mahu memulakan kehidupan baharu tetapi kerana kes nusyuz ini beliau akui makin banyak aib Zila yang akan terbongkar.
Saya tidak akan ulas lagi isu perceraian bagi menjaga aibnya. Tetapi sebaliknya berlaku apabila bekas isteri masih berkeras mahu melawan kes nusyuz yang saya failkan untuk mempertahankan dirinya. Bekas isteri seolah-olah cuba mencabar saya. Jangan dicabar kerana nanti lebih banyak aib yang terbongkar.

Berbicara mengenai tindakan beliau yang tidak menyambut salam Zila ketika berada di mahkamah, Along menjelaskan beliau pada waktu itu masih terluka dengan perbuatan Zila.
Saya rasa diri dikhianati dan masih terluka dengan perbuatannya itu. Sebelum ini juga, dia tidak pernah memohon maaf atas kesilapannya. Selepas melafazkan talak, tiada langsung perkataan maaf yang keluar daripada mulutnya. Jadi bagaimana saya mahu memaafkannya?
loading...

0 Response to "JANGAN BUKA AIB SENDIRI ALONG - Saya Tidak Mahu Panjangkan Isu Tetapi Zila Cabar Saya, Lebih Banyak Aib Akan Terbongkar – Along Cham"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close