loading...
KUALA LUMPUR, 5 Sept — Setelah hampir dua dekad tidak bertentang mata disebabkan perseteruan, Anwar Ibrahim akhirnya bertemu dengan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad di mahkamah hari ini.
Foto yang merakamkan detik Anwar dan Mahathir berjabat tangan sambil tersenyum itu tersebar secara meluas di media sosial.
Foto itu dirakam apabila Mahathir hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi memberi sokongan kepada permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara(MKN) yang baru diluluskan.
Kumpulan empat keping foto pertemuan bersejarah itu dikongsikan oleh presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail di laman Facebook rasminya.
"Pertemuan pertama selepas 18 tahun 2 hari.. sejak 2 September 1998," kata isteri Anwar, menyatakan tarikh Dr Mahathir memecat timbalannya itu yang mencetuskan krisis politik dalam laungan "Reformasi".
loading...
0 Response to "STRATEGI BAHARU BERMULA !!!! -Selepas Hampir 2 Dekad, Anwar & Mahathir Akhirnya Berjabat Tangan"
Post a Comment