TIPU !!! Caj telco, di mana hak kami?- “kejap je kuota internet perlu ditambah nilai kerana sudah melepasi had dilanggan”.

loading...
DALAM pada isu harga barangan hangat diperkatakan kini, terdapat juga harga lain yang harus dipantau pihak berkuasa kerana ia turut membabitkan wang poket rakyat. Harga lain itu adalah 'harga tersembunyi' syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini yang boleh dikatakan berada di tahap melampau dan amat misteri.

Pada Februari tahun 2014, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada waktu itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pernah mengeluarkan kenyataan supaya syarikat telekomunikasi di negara ini menurunkan caj penggunaan telefon dan yang paling menarik perhatian apabila beliau menyebut syarikat-syarikat gergasi ini ‘untung besar’.

Caj telco, di mana hak kami
Berapa besar keuntungan syarikat telekomunikasi seperti yang dimaksudkan Ahmad Shabery? Sudah pasti keuntungan mereka setiap tahun mencecah jumlah bilion ringgit!

Masalah membabitkan caj telco ini sebenarnya sudah lama membelenggu fikiran rakyat Malaysia dan ia sukar dipantau oleh pengguna sendiri.

Jika dahulu rungutan yang sering didengari adalah “sedar-sedar kredit kena telan padahal tak banyak panggilan atau mesej dibuat”, kini antara yang popular adalah “kejap je kuota internet perlu ditambah nilai kerana sudah melepasi had dilanggan”. Jadi di mana ukuran yang perlu diikuti oleh syarikat telco ini?

Jika timbang berat ada ukurannya, kelajuan ada sukatannya, di mana pula ukuran bagi minit dan data untuk telco yang kita gunakan yang boleh dipantau sendiri oleh pengguna?

Jika ukuran ini tiada, maka pihak berwajib perlu mewujudkannya kerana rakyat terasa amat terbeban dengan caj-caj pelik-pelik dan dan plan yang sukar difahami oleh pengguna sendiri.

Jadi mahu tidak mahu kita sebagai pengguna seolah-olah reda sahaja. Ini belum lagi mengenai mutu perkhidmatan yang tidak konsisten. Walaupun kita tidak berjaya menghubungi seseorang dan talian terputus, namun caj tetap dimasukkan dalam bil!

Sampai bila rakyat Malaysia akan menghadapi permasalahan ini? Ikuti laporan khas SOROT minggu ini mengenai misteri caj yang dikenakan telco.

PPIM terima aduan caj melampau syarikat telco

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan ada menerima pelbagai bentuk aduan daripada orang ramai yang melaporkan perasaan terkilan mereka terhadap syarikat pembekal telekomunikasi mudah alih ini.

Dalam dunia teknologi di hujung jari hari ini, pastinya telefon bimbit dan internet menjadi salah satu keperluan asas dan bukan lagi sekadar keinginan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendedahkan tujuh dakwaan berkaitan penipuan yang dilakukan syarikat telco yang diadukan oleh pengguna kepada persatuannya.

Bermula daripada khidmat perantauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, ia didedahkan PPIM berkenaan caj-caj melampau yang dikenakan terhadap pengguna telefon bimbit.

loading...

0 Response to "TIPU !!! Caj telco, di mana hak kami?- “kejap je kuota internet perlu ditambah nilai kerana sudah melepasi had dilanggan”."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close